suria

Sheila Majid Nafi Konsert Sulung Di Jakarta Serba Mewah

BUAT julung kalinya, Ratu Jazz Negara Datuk Sheila Majid (gambar) akan menjayakan sebuah konsert di Indonesia.

Namun penyanyi yang turut popular di Indonesia itu menafikan konsert itu berlangsung serba mewah.

Penyanyi lagu popular Antara Anyer dan Jakarta itu mengimpikan konsert di Pusat Konvensyen Jakarta, Senayan pada 23 September itu berada dalam suasana yang meriah dan dekat dengan peminat.

"Susunan muzik tidak akan menggunakan orkestra kerana ia akan menciptakan jarak dengan penonton. Sebaliknya saya akan menggunakan susunan muzik yang lebih sederhana," ujar Sheila ketika ditemui di Bibliotheque, Sampoerna Strategic, Jakarta Selatan kepada detikhot.com semalam.

Konsert tersebut diadakan sempena memperingati 25 tahun kariernya dalam industri muzik. Wanita berusia 45 tahun itu akan membawa peminatnya mengimbau kembali lagu-lagu popularnya dulu.

"Konsep tone yang disajikan nanti tidak menghalang saya untuk bermesra dengan penonton," jelas Sheila.

Sheila telah mempunyai lapan buah album seperti Dimensi Baru pada tahun 1985 dan album terbarunya Legenda XV XX pada 2006.

Artikel Lain