suria

Jins Shamsuddin Di Langkawi

LANGKAWI: Seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin dijangka menyampaikan ceramah berhubung isu-isu semasa pada program Juara Rakyat di Langkawi yang berlangsung selama dua hari, mulai Ahad ini.

Setiausaha Umno Bahagian Langkawi Salehuddin Ahmad berkata, pelakon terkenal itu yang kini seorang Senator, dijadual menyampaikan ceramah di padang bola sepak Ulu Melaka, pada hari pertama program Juara Rakyat. Orang ramai dan penduduk Langkawi yang berkunjung ke program tersebut, berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan anak didik P.Ramlee itu serta mendapatkan maklumat terkini berhubung isu-isu semasa.

Sallehuddin berkata pada hari kedua program, satu majlis dialog bersama beberapa agensi kerajaan termasuk Pejabat Belia dan Sukan serta Agensi AntiDadah Kebangsaan akan diadakan di Auditorium Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Usher Gegar KL 7 Julai

Artikel Berikut

Artikel Lain