suria

Jake Gyllenhaal Takut Pada Burung Unta

Jake Gyllenhaal pada majlis tayangan perdana dunia filem terbarunya "Prince of Persia" di London, baru-baru ini. - Foto REUTERS.
Jake Gyllenhaal pada majlis tayangan perdana dunia filem terbarunya
Jake Gyllenhaal pada majlis tayangan perdana dunia filem terbarunya "Prince of Persia" di London, baru-baru ini. - Foto REUTERS.

AKTOR Jake Gyllenhaal mungkin kelihatan gagah dan maskulin sebagai hero dalam filem terbarunya, Prince of Persia. Namun, di sebalik keperkasaannya, Gyllenhaal mengakui dirinya sangat takut dan fobia pada burung unta yang turut berlakon di sampingnya dalam filem aksi itu.

Ketakutan bintang berusia 29 tahun itu menjadi-jadi apabila pengarah-pengarah filem itu memberi amaran kepadanya bahawa pasangannya dalam filem itu adalah sekawan burung unta.

"Pengarah-pengarah filem itu akan mengingatkan saya, 'Jangan buat bising ketika berada berhampiran dengan burung unta itu. Mereka akan naik angin dan mencederakan awak.'

"Apabila mendengarkan amaan itu, lagilah saya bertambah gerun untuk menghampiri burung unta. Mereka kelihatan baik dan pasif, tapi hakikatnya mereka tidak setenang yang disangka," katanya yang dipetik sebagai berkata kepada New York Daily News.

Artikel Sebelum

Artikel Lain