Sienna Miller (kanan) dan Jude Law tiba di The Metropolitan Museum of Art Costume Institute Benefit. Mereka menyambut pembukaan "American Woman: Fashioning a National Identity" di New York pada 3 Mei 2010. - Foto REUTERSAKTOR Jude Law, 37, akhirnya mengaku dia kembali bersama Sienna Miller."Saya sangat gembira," katanya. Law dan pasangannya tampil di khalayak ramai pada majlis Costume Institute Gala 2010 baru-baru ini.Mereka kembali bersama sebagai satu pasangan pada Disember tahun lalu.Ditanya sama ada mereka telah bertunang, Law berkata: "Belum lagi buat masa ini. Itu yang boleh saya katakan."Pertunangan pertama pasangan itu dibatalkan pada 2005 berikutan dakwaan bahawa Law menjalin hubungan sulit dengan pengasuh anak-anaknya.