suria

Rani Bersama Aditya Ke Parti

Rani kanan, ketika digandingkan bersama Preity Zinta.
Rani kanan, ketika digandingkan bersama Preity Zinta.
Rani kanan, ketika digandingkan bersama Preity Zinta.

PELAKON terkenal Rani Mukerji dan Aditya Chopra tidak mahu mengesahkan mengenai hubungan mereka kepada umum.

Terdapat desas-desus mengatakan pasangan itu sedang menjalinkan hubungan cinta semenjak beberapa tahun dulu tetapi tidak mahu mendedahkannya.

Rani selalu menafikan hubungannya dengan Aditya dan jarang sekali muncul dikhalayak ramai. Mereka berdua bijak menyembunyikan mengenai hubungannya. Namun segala rahsia hubungannya terbongkar apabila mereka kelihatan bersama untuk ke parti pada Rabu lepas.

Parti tersebut merupakan sambutan hari ulangtahun ibu kepada Karan Johar iaitu Hiroo Johar yang diadakan di sebeuah hotel yang terletak di selatan Mumbai turut dihadiri kenalannya. Aditya yang merupakan tetamu yang penting pada majlis itu telah membawa bersama Rani Mukerji.

Menurut sumber, Rani dan Aditya kelihatan saling menyenangi antara satu sama lain seperti pasangan sedang bercinta. Mereka yang hadir sebelum tengah malam ke parti itu duduk bersebelahan sambil berbual dengan tetamu lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain