suria

Cowell Dingin Dicium Mezhgan

PENGKRITIK terkenal Simon Cowell dan kekasihnya, Mezhgan Hussainy berciuman di America's Tonight Show (ATS). Insiden itu membuat Simon sendiri terkedu kerana tidak dirancang sama sekali.

Laman The Sun melaporkan, hos acara Jay Leno tiba-tiba mengundang Mezhgan (36) untuk turun dari bangku penonton ketika bos X Factor itu menjadi bintang tamu di America's Tonight Show.

Tiba-tiba saja, pasangan yang sudah pun mengikat tali pertunangan ini berkucupan di hadapan penonton.

Namun kerana terkejut insiden itu ebrlaku tiba-tiba, Simon tampak dingin dan bersahaja saat bercium.

Lelaki bujang berusia 50 itu pun tidka mahu bercakap tentang perkahwinannya.

"Kahwin? Sepuluh tahun lagi..," katanya singkat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain