suria

Bintang Rap Jay-Z Melawat Obama Di Rumah Putih

Selebriti yang popular dengan lagu 'The Empire State of Mind' ini telah lama berkawan dengan Obama hingga membantu kempen presiden itu pada 2008

BINTANG Rap Jay-Z berpeluang menemui Presiden Amerika Barack Obama baru-ini.

Rupa-rupanya selebriti yang popular dengan lagu 'The Empire State of Mind' telah berkawan lama dengan Obama hingga membantu kempen presiden itu pada 2008.

Jay-Z memberitahu dia telah diundang ke Rumah Putih tapi terpaksa membatalkan niat itu kerana kesibukan tugas.

Tapi bulan lepas, Jay-Z berkata, "Saya telah banyak kali diundang ke Rumah Putih tapi selalu tidak ada kelapangan.

"Harap-harap Obama akan kekal di situ selama lapan tahun jadi saya boleh meluangkan masa berjumpa dengannya," kata Jay-Z.

Namun peluang melawat Obama datang lebih awal dari disangka apabila pada Rabu lepas, sebelum konsertnya di Washington bermula, Jay-Z meluangkan masa pergi ke Rumah Putih.

Selepas saja konsertnya selesai, Jay-Z memberitahu peminat-peminatnya yang dia sudah menemui Obama.

"Saya baru balik dari Rumah Putih," Jay-Z mengumumkan kepada peminatnya di konsert tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain