suria

Rakaman Pergaduhan Mary J. Blige Dengan Suaminya Kendu Isaacs

MARY J. Blige telah dirakam bertengkar dengan suaminya, Kendu Isaacs semasa majlis pelancaran albumnya pada hari Selasa.

Majlis itu berlangsung di kelab M2 yang terletak di pusat bandar.

Media memperolehi sebahagian daripada rakaman tersebut.

Rakaman itu menunjukkan adegan Blige menaikkan tangannya lalu memukul Isaacs.

Menurut saksi, penyanyi itu memukul suaminya di muka selain menggigit sebelah tangan kirinya.

Rakaman video itu juga memaparkan Isaacs dihalang oleh pengawal keselamatan sambil Blige meninggalkan majlis itu.

Blige pada mulanya naik berang apabila suaminya berbaik-baik dengan seorang pelayan.

"Mereka telah bersemuka. Blige menolaknya sebelum menampar suaminya. Kemudian dia menggigit tangan Isaacs," menurut seorang saksi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain