suria

Natasha: Cinta Bukan Segala-Galanya

Natasha tetap tabah menghadapi hari yang mendatang Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU
Natasha tetap tabah menghadapi hari yang mendatang Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU
Natasha tetap tabah menghadapi hari yang mendatang Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU

KEKUATAN dan semangat yang kental dalam diri membuatkan insan yang bergelar Natasha Hudson ini begitu tabah menghadapi status janda buat kali kedua.

Walaupun status janda sekali lagi muncul dalam hidup Natasha, namun masa depan tetap diteruskan demi Nessa Helena yang baru berumur 1 tahun lebih kini masih di bawah jagaannya hasil perkongsian hidup dengan bekas suami.

Bertanya mengenai kehidupannya kini, pelakon yang pernah membintangi filem Chermin ini mengakui, perasaan sayang masih lagi menyelubungi dirinya terhadap perkahwinan dulu.

Setelah sebulan lebih menjalani hidup dengan status barunya, Natasha kini masih lagi mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suami.

"Walaupun saya telah berpisah dengannya, namun hubungan kami masih baik seperti seorang kawan.

"Saya terima dengan hati yang terbuka, semuanya sudah ditentukan olehNya. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Slimming Santuary di Wangsa Walk, baru-baru ini.

Ujar Natasha, dia masih merindui ikatan perkahwinannya itu. Jika diberi pilihan dia mahukan perpisahan itu dapat dipulihkan semula. Namun biarlah takdir yang menentukan jika masih ada ruang untuk mereka rujuk semula. Tanpa mahu menjelaskan punca penceraian mereka, jelas Natasha, biarlah perkara tersebut menjadi rahsia antara dia dan bekas suaminya.

Walaupun sudah dua kali gagal dalam perkahwinan namun dia tidak akan serik untuk berhadapan dengan perkahwinan pada masa akan datang.

"Jika sudah sampai jodoh buat saya dan dipertemukan dengan lelaki yang sesuai, saya akan berkahwin," katanya.

Katanya lagi, walaupun tidak menyesal dengan apa yang berlaku dalam hidupnya, namun Natasha mula mengambil pengajaran dan iktibar dari pengalamannya untuk lebih bersedia dalam menjalani kehidupan di masa akan datang.

Akui Natasha, selepas terjadinya perceraian antara mereka, dia merasakan cinta bukanlah segala-galanya untuk menjanjikan kebahagiaan.

Namun, dia bersyukur kerana perpisahan yang berlaku tidak pernah melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak dan sehingga hari ini, Natasha masih lagi mempunyai hubungan yang baik dengan bekas mertuanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain