suria

Penelope Cruz Ambil Kursus Masak Untuk Hayati Watak Tukang Masak

GARA-GARA menonton filem 'Tie Me Up, Tie Me Down', aktres Penelope Cruz menaruh impian untuk menjadi bintang filem.

Menurut aktres berusia 35 tahun itu, disebabkan filem arahan pengarah Sepanyol, Pedro Almodovar itu juga, menyebabkan dia terpaksa berbohong.

"Waktu itu umur saya baru 13 tahun. Tapi untuk menonton filem itu di pawagam, saya terpaksa berbohong dengan mengaku berusia 17 tahun. Setelah menonton filem itu, saya terus nekad untuk menjadi aktres," jelas Cruz.

Kini, bukan saja menjadi aktres, tapi Cruz juga sudah berlakon dalam filem arahan Almodovar dan pengarah-pengarah terkenal yang lain seperti Jamon dan Los Abrazos Rotos.

Nama jelitawan ini turut harum di Hollywood menerusi filem "Vanilla Sky".

Cruz mengaku, setiap kali menerima tawaran, dia akan bersungguh-sungguh mengkaji karakter yang akan dibawanya dengan sepenuh hati.

Bagi watak filem "Woman On Top" dan "Volver", Penelope mengaku mengambil kelas kursus memasak.

"Saya cuma boleh memasak beberapa makanan Sepanyol. Tapi saya perlu tampil seolah-olah saya pandai memasak dalam filem," kata Cruz yang berlakon sebagai tukang masak Brazil dalam "Woman On Top" dan menjadi pemilik restoran dalam "Volver".

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain