suria

Pamela Anderson: Saya Akan Tanggal Pakaian Jika Suka

Pamela Anderson hadir ke The 6th Annual Hollywood Style Awards di Los Angeles pada 11 Oktober 2009. -Foto AP

BEKAS pelakon ‘Baywatch’ itu berkata akan menanggalkan pakaiannya bila-bila masa sehingga mati.

Pamela yang berusia 42 tahun pernah dikritik kerana berpakaian seperti golongan muda dan tidak kena pada tempat.

“Pelakon itu tidak akan teragak-agak menanggalkan pakaiannya,” menurut sebuah portal dari United Kingdom.

“Saya tidak akan berhenti menjadi diri saya walaupun saya semakin tua.

“Kadang-kala saya hanya akan memakai bikini untuk menghantar anak-anak saya ke sekolah dan ada kalanya saya suka berpakaian secara sopan walaupun saya tidak dikenali kerana itu,” kata Pamela lagi.

Menurutnya lagi, walaupun usianya sudah meningkat, beliau masih mahu kelihatan seksi dan tidak suka berpakaian seperti model di dalam majalah.

“Pada pendapat saya, apa yang kita pakai adalah hak kita dan penampilan kita sepatutnya mencerminkan pesonaliti si pemakai,” ujar Pamela lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain