Kelab Penyokong Dr Asri dilancarkan - Hiburan | mStar

Kelab Penyokong Dr Asri dilancarkan

Laman web 'Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin' dilancarkan oleh pengurus artis, Aszuad Zakaria semalam. -foto mStar
Laman web 'Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin' dilancarkan oleh pengurus artis, Aszuad Zakaria semalam. -foto mStar

SEJAK timbulnya isu penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin atas dakwaan berceramah tanpa tauliah, ramai pihak termasuk rakan artis yang bersimpati dan menyokong bekas Mufti Perlis itu.

Bukan sekadar untuk meluahkan kata-kata dan mesej untuk menyemarakkan semangat Dr Asri mempertahankan dirinya, salah seorang pengurus artis dari Embun Records, Aszuad Zakaria telah membuka kelab penyokong ‘Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin’ di laman web FaceBook.

Bagi Aszuad, 39, dia telah lama mengikuti perkembangan Dr Asri sejak dulu lagi dan apabila berlaku kontroversi sekarang, dia nekad untuk mengajak orang ramai untuk sama-sama menyokong Dr Asri.

Laman web ‘Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin’ yang baru sahaja dilancarkan semalam turut memuatkan artikel dan video berkaitan Dr Asri.

Aszuad berkata dia telah lama memikirkan untuk membuka laman web itu sebelum melihat ada sebuah laman web kelab penyokong lain yang menggunakan nama penuh Dr Asri "Dr Asri Zainul Abidin" yang telah berjaya mengumpul lebih 4,000 peminat.

“Saya baru sahaja menyiapkan laman web kelab penyokong itu. Sebelum ini memang saya nak buat tetapi apabila saya pantau di internet, sudah ada orang yang membuka kelab penyokong Dr Asri.

“Saya bimbang juga kalau saya buat yang baru nanti seolah-olah seperti meniru pula. Tetapi saya nekad juga untuk membuatnya atas dorongan kawan-kawan,” katanya yang mengikuti ceramah Dr Asri di YouTube dan blog.

Aszuad yang pernah mengurus penyanyi Imran Ajmain ini menambah, sesetengah rakan-rakannya yang menyokong Dr Asri juga melakukan perkara yang sama jika mereka tidak berkesempatan menontonnya secara langsung.

“Saya juga mendapat tahu tentang perkembangan Dr Asri menerusi blog dan YouTube. Misalnya apabila dia berada di luar negara,” ujarnya yang turut aktif melawati blog Dr Asri.

Jelasnya lagi, dia semakin teruja untuk mengenali Dr Asri selepas mendapat tahu daripada rakan artis seperti kumpulan nasyid Rabbani.

“Saya hormati dengan pendekatan yang Dr Asri gunakan,” tuturnya yang menyarankan kepada semua penyokong pensyarah USM ini supaya sama-sama menyertai kelab ini di FaceBook.

Aszuad turut menggalakkan rakan-rakan artis di bawah pengurusannya, penyanyi Naizle, Sabhi Saddi dan kumpulan nasyid In Heart untuk turut sama menyokong tokoh agama itu.

Sesiapa yang berminat, bolehlah sertai Kelab Penyokong ‘Kami Menyokong Dr Asri Zainul Abidin’ di FaceBook.

Sementara itu, Dr Asri meluahkan rasa terima kasihnya atas sokongan peminat.

"Terima kasih di atas semua sokongan. Saya menghargai semua sokongan yang diberi," kata Dr Asri.

Artikel Sebelum

Kamelia-Katrina berebut cinta Ari

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Dua 'Dunia' Redza Minhat

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain