suria

Christian Audigier nafi beli Neverland MJ

Christian Audigier nafi beli Neverland milik Michael Jackson - foto AP
Christian Audigier nafi beli Neverland milik Michael Jackson - foto AP
Christian Audigier nafi beli Neverland milik Michael Jackson - foto AP

PEREKA fesyen Perancis, Christian Audigier menyangkal dakwaan yang mengatakan dia telah membeli Neverland, kediaman mewah Michael Jackson di Santa Barbara County, California.

Namun, pencetus jenama Ed Hardy ini mengaku telah membeli kediaman MJ di LA, yang mana Raja Pop itu meninggal dunia di rumah tersebut.

"Saya telah membeli rumah Michael di LA...saya ingin wujudkan 'memorabilia' dan muzium," katanya.

Tambah pereka fesyen itu lagi, dia tidak akan membeli Neverland kerana ia hanya menyimpan memori buruk penghibur tersohor itu.

"Dia (MJ) tidak suka Neverland. Dia tidak mahu kembali ke sana," katanya.

MJ tidak lagi tinggal di Neverland pada tahun 2005 selepas dia terlibat dengan kes cabul terhadap kanak-kanak dan penyiasat telah menggeledah tempat tersebut.

Audigier dilaporkan telah membayar 90 juta dolar untuk kediaman lama rakannya itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain