suria

'Pushing Daisies' kembali!

SIRI 'Pushing Daisies' kembali untuk musim ke-2 September ini hanya di 8TV. Tayangan perdana bagi 'Pushing Daisies' bermula 15 September, jam 9.30 malam.

Mendapat 12 pencalonan dari Anugerah berprestij Emmy bagi musim pertama, Pushing Daisies mempunyai beberapa elemen menarik seperti kisah cinta, jenayah dan juga fantasi.

Kombinasi nama besar di sebalik 'Pushing Daisies', Bryan Fuller, merupakan calon Anugerah Emmy (yang juga mengarahkan drama bersiri "Heroes") dan pemenang di Anugerah Emmy - Barry Sonnenfeld ("Men in Black"), menghidangkan penonton dengan cerita dongeng yang berlatarkan forensik.

'Pushing Daisies' ini dibintangi oleh Lee Pace sebagai Ned seorang lelaki yang mempunya kuasa ajaib yang merupakan calon Anugerah Emmy dan Golden Globe.

Selain dari Lee Pace, siri ini dibintangi oleh calon Golden Globe Anna Friel, Chi McBride, Ellen Greene, Jim Dale, Swoosie Kurtz dan Kristin Chenoweth.

“Kerana respons penonton yang memberangsangkan, kami dengan bangganya membawa Pushing Daisies musim kedua.

“Saya menyukai siri ini kerana ia unik dan menarik”, kata Pengurus Besar 8TV Lam Swee Kim.

Di musim pertama siri ini mengisahkan mengenai penceritaan kehidupan Ned di zaman kecil (dilakonkan oleh Cate) dan dicerita oleh watak Dale.

Ned mempunyai kuasa luar biasa yang boleh menghidupkan orang mati dengan hanya satu sentuhan.

Akan tetapi dia mendapat tahu bahawa setiap sentuhannya itu ada balasannya. Ned mempelajari selok-belok sebagai budak ajaib bagi mengelakkan perkara buruk dari berlaku.

Dengan sentuhan pertama,ia dapat menghidupkan seseorang, sentuhan kedua menamatkan riwayat seseorang dan peraturan terakhir ialah sesuatu perlu mati sekiranya seseorang itu hidup melebihi seminit.

Apabila dewasa, Ned bekerja sebagai pembuat pai. Beliau juga menggunakan kuasa ajaibnya kearah yang betul dengan menolong penyiasat peribadi yang bernama Emerson Cod (lakonan McBride) bagi menyelesaikan masalah pembunuhan.

Di musim kedua pula, 'Pushing Daisies' memaparkan kesinambungan hubungan Ned dan Chuck (lakonan Anna Friel) yang mula berubah kerana Chuck berpindah keluar dari pangsapuri Ned bagi membolehkan dia belajar berdikari .

Olive Snook (lakonan Chenoweth), pelayan di Ned's Pie Hole menyimpan 1001 rahsia. Olive semakin merasa tertekan kerana menyimpan rahsia Chuck. Manakala Makcik Lily yang merupakan seorang kaki minum, mengambil keputusan untuk tinggal di konvenant.

Vivian (lakonan Greene), makcik kepada Chuck, menumbuhkan pasukan Darling Mermaid Darlings bagi memberi semangat kepada Lily. Kehilangan Dwight Dixon seorang rakan lama kepada ayah Ned dan Chuck. secara tiba-tiba akan menimbulkan masalah kepada semua . Apakah kesudahan musim kedua ini?

Jadi jangan lepaskan peluang anda menonton 'Pushing Daisies' bermula dari 15 September, pukul 9.30 malam hanya di 8TV .

Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 Astro anda!

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain