Shira lahirkan Auddra pada tarikh keramat 09.09.09 - Hiburan | mStar

Shira lahirkan Auddra pada tarikh keramat 09.09.09

Sharifah Shahirah gembira melahirkan Auddra pada tarikh keramat 09.09.09. - foto THE STAR oleh SIA HONG KIAU
Sharifah Shahirah gembira melahirkan Auddra pada tarikh keramat 09.09.09. - foto THE STAR oleh SIA HONG KIAU

PELAKON, pengacara dan pelawak, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 35, tidak terkira gembiranya setelah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada tarikh keramat 09.09.09.

Malah, bayi perempuan yang baru berusia dua hari ini menurut Shira adalah antara yang paling kecil dan comel.

Shira bersama suaminya, Zulkifli Azhari (Ijoy), telah memilih untuk menamakan bayi perempuan mereka itu Auddra.

Ditanya sama ada nama Auddra itu memberi sebarang makna, Shira mengatakan tidak mempunyai sebarang makna, sebaliknya memilih nama tersebut kerana 'simple'.

"Nama Auddra tiada sebarang makna, saya dan Ijoy pilih nama tersebut kerana 'simple' dan mudah... lagipun Auddra ni biasa sahaja.

"Saya tidak berapa pentingkan makna pada nama anak, saya tak kisahpun... yang penting saya menjaga dan didik mereka menjadi seorang anak yang baik," jelasnya.

Auddra telah selamat dilahirkan dengan berat 3.34kg di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada jam 9 pagi.

Shira yang dihubungi mStar online ditanya perasaannya apabila melahirkan Auddra pada tarikh 09.09.09 yang dianggap satu angka yang cantik.

"Saya rasa seronok... dan ini dikira nasib juga kerana sepatutnya saya akan bersalin pada 11 September, tetapi kami percepatkan proses tersebut.

"Semuanya berjalan lancar pada waktu itu, saya ingat dia (Auddra) akan keluar (lahir) pada pukul 5 pagi, sebab pukul 10 malam tu doktor dah mula masukkan ubat, tapi pukul 9 pagi jugak dia keluar.

"Saya bersalin secara 'normal' dan ini merupakan bayi pertama saya pada bulan ramadan," katanya.

Shira yang kini masih berada di hospital bersama Auddra, memberitahu bahawa dia dan anaknya dalam keadaan yang sihat dan akan keluar dari hospital mungkin pada tengahari esok.

Ditanya mengenai persiapan raya, Shira mengatakan dia bersama keluarga hanya akan beraya di rumah mereka di Taman Melawati dan segala persiapan sudahpun selesai dilakukan.

"Semua persiapan dah siap, kami hanya akan beraya di rumah sahaja... Saya pula akan pakai stokin dan duduk di rumah sahaja.

"Selepas ini saya akan mula tak tidur malam balik... kena jaga anak," kata Sharifah.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2003 setelah menjalin cinta ketika sama-sama menjayakan drama bersiri 'Mat Despatch' suatu ketika dahulu.

Hasil dari perkahwinan ini kedua-dua mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Allisya, 11, Airell, 5, Airra, 1 dan yang terbaru Auddra, berusia dua hari.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

MJ terlalu segan berduet dengan Madonna

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain