suria

Nana tak akan menyanyi lagi sebab rasa suara tak sedap

Nana seronok bercerita mengenai menyambut ramadan bersama suaminya, Brian, ketika ditemui pada majlis pelancaran album 'Drama Sebabak Raya' di Boulevard Hotel, Midvalley. - foto mStar Online
Nana seronok bercerita mengenai menyambut ramadan bersama suaminya, Brian, ketika ditemui pada majlis pelancaran album 'Drama Sebabak Raya' di Boulevard Hotel, Midvalley. - foto mStar Online
Nana seronok bercerita mengenai menyambut ramadan bersama suaminya, Brian, ketika ditemui pada majlis pelancaran album 'Drama Sebabak Raya' di Boulevard Hotel, Midvalley. - foto mStar Online

PASTINYA puasa tahun ini agak berbeza buat penyampai radio Era, Nurul Hana Che Mahazan atau Nana, 26, yang telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohamed Raqeem Brian Abdullah, 35, pada 6 Jun lalu.

Nana yang ditemui pada majlis pelancaran album 'Drama Sebabak Raya' di hotel Boulevard, Midvalley menceritakan bagaimana dia menyambut ramadan pada tahun ini bersama suami tercinta.

"Menyambut puasa bersama Brian 'ok'...seronok sangat. Kami bangun sahur bersama dan Nana masak, tapi tiga hari pertama je...

"Selepas tu Brian dah tak nak bangun bersahur. Dia pun tak kisah sebenarnya, dia masuk Islam pada Januari tahun ini, tapi dia dah mula belajar berpuasa sejak dia kecil lagi.

"Tahun ni dia puasa dan tak pernah ponteng lagi, Nana tak paksa dia, dia sendiri yang nak berpuasa penuh.

"Dia juga sangat berminat nak belajar pasal agama Islam, dia selalu tanya maksud-maksud doa dan ayat Al-Quran yang kita baca, Nana nak terangkan pun Nana bukanlah pandai sangat, jadi Nana printkan dari Internet dan Nana bagi pada dia," kata Nana yang akan bercuti seminggu pada Raya tahun ini.

Nana turut menceritakan kenangan bersama Brian di mana mereka terlepas waktu bersahur dan hanya sempat untuk minum air sahaja.

"Ini mungkin kami tak akan dapat lupakan, kami terlepas waktu bersahur, pada mulanya kami dah bangun dan minum air banyak-banyak, lepas tu kami tidur balik sebab rasa mungkin sempat lagi, sebab awal.

"Bila dah tidur tu, sedar-sedar tengok jam dah pukul 7.30 pagi... jadi hari tu kami hanya sempat minum air sahaja," jelas Nana sambil ketawa.

Menurut Nana juga, dia tidak menghadapi masalah untuk menjaga suaminya itu kerana tidak begitu banyak masalah dan sentiasa faham dengan keadaan Nana.

"Bagi Nana, Brian senang untuk dijaga, dia tidak ada sebarang masalah dan dia juga ada kata, dia terima seadanya apapun setelah berkahwin dengan Nana.

"Tapi yang Nana agak geram, bila Nana ada event dengan Era, dia mesti tak nak ikut, orang selalu tanya Nana, mana Brian dan Nana tak tahu nak jawab apa.

"Brian ni jenis yang tak suka pergi ke event atau sebarang majlis, dia kata kalau dia ikutpun, Nana sibuk dengan kerja... nanti dia terpaksa duduk seorang diri.

"Kalau pasal masakan dia tiada masalah, kadang-kadang dia tak bagi Nana masakpun... berbuka hanya beli je kat kedai, senang," ujar Nana.

Ditanya sama ada Nana sudah mempunyai tanda-tanda untuk mendapat 'baby', Nana mengatakan dia masih lagi belum mempunyai sebarang tanda, namun Nana mengatakan dia ingin cepat menimang cahaya mata.

"Rezeki tu belum ada lagi... tapi Nana kalau boleh nak cepat dapat anak, hari ni jugak nak dapat anak.

"Kami masih lagi mencuba dan Nana tidak membuat sebarang perancangan, semuanya kami serahkan pada rezeki Tuhan.

"Kalau cepat dapat rezeki tu, cepat la Nana dapat anak," katanya.

Nana yang juga berlakon di dalam filem 'Maut' arahan Bade Hj. Azmi ini baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk drama bersiri terbitan Astro 'Kau dan Aku', namun Nana mengatakan dia tidak begitu suka berlakon dan ingin lebih memberi tumpuan terhadap kerjayanya sebagai penyampai radio.

"Nana baru sahaja selesai berlakon untuk drama bersiri terbitan Astro iaitu 'Kau dan Aku', tapi Nana rasa tak begitu suka sangat untuk berlakon, Nana nak memberi tumpuan lebih pada kerjaya Nana sekarang.

"Nana juga tidak akan menyanyi lagi sebab Nana rasa suara Nana tak sedap dan Nana tidak mahu cari makan dengan cara menganggu periuk nasi orang lain.

"Lebih baik Nana tumpu pada kerja sebagai penyampai radio sahaja," kata Nana yang kini sudah lima tahun bekerja sebagai penyampai radio Era.

Artikel Berikut

Artikel Lain