suria

Pengebumian Jackson ditangguh ke 3 September

Michael Jackson semasa "HIStory World Tour".
Michael Jackson semasa
Michael Jackson semasa "HIStory World Tour".

AWAL minggu ini, seorang jurucakap keluarga Jackson mengesahkan Michael Jackson akan dikebumikan pada 29 Ogos ini. Tarikh itu dikira istimewa kerana ia merupakan hari jadi ke-51 arwah.

Terbaru, seorang jurucakap keluarga Jackson bagaimanapun memberitahu pengebumian Raja Pop itu telah ditangguhkan sehingga 3 September, iaitu lima hari selepas hari jadi arwah.

Jurucakap Ken Sunshine dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, tidak menyatakan apa-apa sebab untuk penangguhan tersebut.

Barangkali keluarga Jackson memerlukan lebih banyak masa untuk membuat persiapan dan telah mengubah tarikh tersebut.

Upacara pengebumian itu akan tetap dijalankan di The Great Mausoleum di Forest Lawn-Glendale. Michael Jackson menghembuskan nafas terakhir pada 25 Jun lalu di rumah sewanya di California.

Artikel Lain