suria

Megan Gale kemaruk berlakon

Megan Gale.
Megan Gale.
Megan Gale.

AKTRES dan model dari Australia, Megan Gale mendedahkan dia kemaruk berlakon selepas julung kali berkecimpung dalam dunia lakonan.

Gale, 33, yang menghadiri kelas lakonan pernah berlakon dalam filem Itali. Katanya, dia semakin serasi berlakon.

Dia baru habis membuat penggambaran di Melbourne untuk komedi romantis ciptaan Peter Helliar bertajuk "I Love You Too". Dia memegang watak model Itali yang dicintai oleh seseorang.

"Saya berasa teragak-agak untuk berlakon pada awalnya kerana lakonan ternyata benda yang baru untuk saya," katanya.

"Bagaimanapun, apabila saya menghampiri set penggambaran, saya tahu inilah yang saya kehendaki. Saya benar-benar mempunyai minat mendalam terhadap lakonan.

"Saya akan gembira berlakon setiap hari. Saya ketagih sekarang," tambahnya.

Artikel Lain