suria

Johnny Depp namakan pulaunya sempena nama Ledger

Johnny memberikan penghormatan kepada Heath Ledger dengan menamakan sebahagian dari pulau peribadi miliknya dengan nama aktor tersebut

BINTANG Hollywood Johnny Depp telah memberikan penghormatan kepada mendiang Heath Ledger dengan menamakan sebahagian dari pulau peribadi miliknya di Bahamas bersempena dengan nama aktor tersebut.

Bintang Pirates of the Carribbean itu telah menamakan semula pusat snorkeling 'Little Hall's Pond Cay' di pulau itu dengan nama 'Heath's Place' dan menyatakan tempat tersebut amat sesuai untuk 'melarikan' diri seketika dan melupakan tekanan di Hollywood.

"Saya belum pernah jumpa tempat yang begitu menarik seperti ini. Anda boleh rasakan kadar nadi saya menurun 20 degupan bila berada di sini.

"Apabila saya rasa kecewa tentang apa-apa saja termasuk filem, saya boleh datang ke sini dan 'menghilangkan' diri. Saya juga selalu menghabiskan cuti Krismas di sini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain