suria

Kekasih Mel Gibson berbadan dua?

Oksana Grigorieva (kiri) dan Mel Gibson
Oksana Grigorieva (kiri) dan Mel Gibson
Oksana Grigorieva (kiri) dan Mel Gibson

ADAKAH buah hati Mel Gibson iaitu Oksana Grigorieva mengandung anak pertama bersama dengan bintang Hollywood itu?

Bulan lepas, bekas isteri aktor, Robyn telah mengemukakan tuntutan perceraian selepas perkahwinan selama 28 tahun di sebalik gosip Gibson berpacaran dengan Grigorieva.

Khabar angin bertiup kencang bahawa Gibson telah memaklumkan bekas isterinya dan anak-anak mereka tentang kandungan Grigorieva yang telah memasuki fasa trimester kedua.

Bintang 'Lethal Weapon' itu mendedahkan kisah percintaannya dengan Grigorieva kepada umum beberapa minggu selepas isterinya memfailkan perceraian.

Gibson telah membawa kekasih barunya itu ke tayangan perdana filem di Los Angeles.

Hasil perkongsian hidup Gibson dan Robyn mempunyai seorang anak perempuan dan enam anak lelaki.

Artikel Sebelum

Simon Cowell Mr Nasty?

Artikel Berikut

Artikel Lain