suria

Marlee Matlin mendakwa didera William Hurt

Marlee Matlin dan rakan dansa profesional, Fabian Sanchez, ketika menyertai persembahan realiti "Dancing with the Stars" di Los Angeles anjuran ABC television network tahun lalu.
Marlee Matlin dan rakan dansa profesional, Fabian Sanchez, ketika menyertai persembahan realiti
Marlee Matlin dan rakan dansa profesional, Fabian Sanchez, ketika menyertai persembahan realiti "Dancing with the Stars" di Los Angeles anjuran ABC television network tahun lalu.

AKTRES Hollywood, Marlee Matlin mendedahkan, dia didera ketika berpacaran selama dua tahun dengan William Hurt - pelakon gandingannya dalam filem "Children of a Lesser God".

Matlin mendakwa, tubuh badannya hampir lebam setiap hari, bibirnya pecah dan didera secara seksual oleh Hurt.

Katanya, perhubungan mereka berdua yang pada awalnya intim bertukar menjadi `berbahaya' ekoran penderaan tersebut.

"Bagaimanapun, saya tidak membuat laporan polis ketika itu, kerana saya ketagihan kokain dan ganja sementara Hurt kuat minum alkohol.

"Dadah tersebut menguasai otak dan kehidupan saya. Saya cuma berumur 19 dan bersendirian di bandaraya New York. Saya tidak berkawan kecuali pengedar dadah," Matlin memberitahu kawannya, Nancy O'Dell yang juga aktres Hollywood.

Menurutnya, dia akhirnya mendapatkan rawatan daripada Alcoholics Anonymous.

Sementara itu, Matlin berkata, kali terakhir dia menemui Hurt adalah tiga tahun lalu. Mereka kini tidak berhubungan lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain