suria

Sushmita dapat sentuhan magis pendandan terkenal Lysa Cooper

Lysa Cooper akan memberi sentuhan magisnya kepada Sushmita untuk kelihatan lebih sensasi.
Lysa Cooper akan memberi sentuhan magisnya kepada Sushmita untuk kelihatan lebih sensasi.
Lysa Cooper akan memberi sentuhan magisnya kepada Sushmita untuk kelihatan lebih sensasi.

KARMA Aur Holi - filem pertama kerjasama produksi Bollywood dan Hollywood tentang perhubungan, konflik dan resolusi pada Hari Holi akan menemui peminat filem Bollywood pada bulan hadapan.

Filem kontemporari ini berkisar tentang keluarga India yang menetap di Amerika, selepas berhijrah dari tanah air dan bagaimana mereka cuba mengadaptasikan dengan kehidupan dan kebudayaan baru tanpa meninggalkan warisan lama.

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh karyawan yang kini menetap di New York 'based' Manish Gupta.

Manish berjaya memberi sentuhan segar kepada filem indie New York ini di mana pengambarannya telah diadakan di New York dan Princeton, New Jersey.

'Karma Aur Holi' adalah sebuah filem edaran Saregama India Ltd.

Apa yang istimewanya filem ini ialah terdapat ramainya bintang Hollywood dan Bollywood yang berlakon di dalamnya seperti Sushmita Sen, Randeep Hooda, Rati Agnihotri, Suresh Oberoi, Deepal Shaw, super model antarabangsa Naomi Campbell, 'rapper' Sticky Fingaz & Vincent Pannetta.

Filem ini diterbitkan bersama Drena DeNiro, anak perempuan pelakon legenda Robert DeNiro.

Manish dan Drena bersusah payah untuk mendapatkan khidmat Lysa Cooper, pendandan rambut terkenal di dunia yang pernah bekerja dengan Madonna, Shakira dan Britney Spears.

Lysa akan memberi sentuhan magisnya kepada Sushmita untuk kelihatan lebih sensasi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain