suria

SRK cedera bahu kiri, akan dibedah minggu ini

SRK tidak membuat sebarang persediaan untuk menyambut Hari Valentine dengan Gauri memandangkan beliau menghadapi masalah kesihatan.
SRK tidak membuat sebarang persediaan untuk menyambut Hari Valentine dengan Gauri memandangkan beliau menghadapi masalah kesihatan.
SRK tidak membuat sebarang persediaan untuk menyambut Hari Valentine dengan Gauri memandangkan beliau menghadapi masalah kesihatan.

PUJIAN, sanjungan dan jambangan bunga serta hadiah yang diterima dari jutaan peminat merata dunia tidak mungkin dapat mengubah kasih sayang bintang kegilaan ramai Shah Rukh Khan (SRK) terhadap isterinya Gauri.

Aktor hebat itu meluahkan rasa kasihnya pada Gauri dalam satu sidang akhbar baru-baru ini.

Dalam sebuah sidang akhbar baru-baru ini, SRK yang berada dalam mood romantik hadir sebagai Duta jenama jam tangan Swiss Tag Heuer di Emporio Mall.

Suasana menjadi gamat dan riuh rendah apabila peminatnya menjadi histeri melihat kelibat pelakon kesayangan mereka itu.

"Saya telah mengabdikan seluruh hidup saya untuk Gauri," jelas SRK ketika ditanya adakah filem terbaru terbitannya 'Billu Barber' pada 13 Februari adalah hadiah Valentine untuk isterinya.

"Gauri menerbitkan semua filem-filem saya. Hanya setelah bila filem-filem itu laris, barulah dia akan menerima hadiah dari saya.

"Jika filem saya tidak laku, beliau tidak akan menerima sebarang hadiah. saya rasa filem 'Billu Barber' adalah sebuah filem yang indah mengenai perhubungan, cinta dan persahabatan. Saya juga mendapat watak yang baik dalam filem ini bersama-sama Irfan Khan dan Lara Dutta.

"Kalau filem ini laku, isteri saya akan menerima hadiah dari saya. Kalau tidak, dia akan suruh saya keluar dari rumah," jelas SRK dalam nada senda.

Pelakon terkenal itu, walau bagaimanpun tidak membuat sebarang persediaan untuk menyambut Hari Valentine memandangkan beliau menghadapi masalah kesihatannya yang berpunca dari bahu kirinya yang tercedera.

"Saya hendak cepat-cepat selesaikan masalah surgeri ini dulu. Ini bukan masa terbaik untuk membuat sebarang rancangan untuk Valentine. Buat masa ini, saya ingin tumpukan kepada bahu saya dulu," jelasnya.

Walaupun terpaksa menanggung kesakitan di bahu kiri, demi komitmen SRK masih sempat memberi sepenuh perhatian kepada kerja-kerja promosi untuk filem 'Billu Barber.'

Tika ditanya berapa serius sakit yang sedang ditanggungnya, SRK yang terkenal dengan kepetahannya menjawab soalan media berkata, "Saya tidak dapat memeluk awak sekuat-kuatnya sekarang kerana bahu saya sakit..."

Sambungnya lagi, "Saya akan cuba berikan komitmen atas segala aktiviti yang telah janjikan. Lepas itu baru saya masuk hospital untuk pembedahan bahu saya."

Menurut SRK, apa yang dia sedihkan, dia terpaksa melupakan sejenak bolasepak, angkat berat dan segala senaman yang selalu saya lakukan setiap hari.

"Sekurang-kurangnya 6 bulan, saya tidak dapat lakukan segala aktiviti senaman yang kerana kecederaan di bahu ini," jelasnya.

Ketika sidang akhbar itu berlangsung, seorang peminat cilik SRK menjerit "Shah Rukh, saya sayang awak,” dan idola kesayangan ramai itu spontan menjawab..."Saya sayangkan awak juga. Mari kita kahwin lepas ini. Setiapkali saya saya datang ke Delhi, saya akan berkahwin.

"Saya sukakan gadis Delhi tapi masalahnya, anak saya pun akan sebaya dengan mereka dalam masa beberapa tahun lagi."

Ketika diajukan soalan oleh seorang wartawan yang bertanyakan pendapat ebliau tentang kemasukan aktres Shilpa Shetty dalam Indian Premier League (IPL) seperti yang diumumkan pada Isnin lepas, superstar itu berkata Shilpa mengingatkannya kepada adiknya Shamita dan ini membuatnya teringin untuk melakonkan filem “Baazigar 2” bersamanya.

Bintang berusia 43 tahun yang peramah dan merendah diri ini juga turut menyatakan yang beliau tidak langsung berminat dalam politik walaupun mendapat pelawaan dan mempunyai jutaan peminat.

"Untuk masa ini saya tidak berminat. Mungkin bila usia saya sudah 127 tahun, saya akan masuk politik," kata ayah kepada dua orang anak ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain