suria

Ayah jadi teman Anne Hathaway ke Malam Oskar

Sungguhpun punyai paras wajah yang jelita, aktres ini masih solo hingga kini setelah berpisah dengan teman lelakinya, usahawan hartanah Raffaello Follieri.

AKTRES Anne Hathaway sudahpun membuat perancangan untuk membawa seseorang yang cukup istimewa ke malam Oskar yang akan berlangsung pada 22 Februari nanti.

"Saya bercadang membawa ayah saya bersama, kalau dapat tiket," kata pelakon jelita itu di sebuah makan tengahari meraikan pencalonan Anugerah Akademi ke 81 di Beverly Hills, California.

"Ini adalah pertama kali saya akan ke oskar. Mungkin juga yang julung kali. Mintak-mintak tidak lah macam itu.

"Keluarga saya adalah orang yang paling penting dalam hidup saya. Tentulah saya mahu mereka di samping saya.

"Sebenarnya saya teringin juga hendak membawa ibu dan adik lelaki saya," kata aktres berusia 26 tahun yang mendapat pencalonan 'Aktres Terbaik' melalui wataknya dalam indi filem 'Rachel Getting Married'.

Walaupun dianugerahkan dengan paras wajah yang jelita, aktres ini masih solo setelah berpisah dengan teman lelakinya, usahawan hartanah Raffaello Follieri.

Mereka berpisah beberapa hari sebelum Follieri didapati bersalah dan ditangkap kerana kesalahan menipu.

Follieri telah dijatuhkan hukuman selama empat tahun penjara sejak bulan September.

Pelakon utama filem popular 'The Devil Wears Prada' dicalonkan untuk kategori 'Aktres Terbaik' dengan saingan terdekatnya Angelina Jolie (Changeling), Melissa Leo (Frozen River), Meryl Streep (Doubt) dan Kate Winslet (The Reader).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut