suria

Oprah derma 1 juta pound majukan pelajaran di New Jersey

Bintang 'talk-show' yang paling terkenal di dunia Oprah Winfrey terkenal dengan kemurahan hatinya.
Bintang 'talk-show' yang paling terkenal di dunia Oprah Winfrey terkenal dengan kemurahan hatinya.
Bintang 'talk-show' yang paling terkenal di dunia Oprah Winfrey terkenal dengan kemurahan hatinya.

WANITA paling berpengaruh di dunia, Oprah Winfrey menunjukkan sifat murah hatinya untuk kesekian kalinya dengan menderma 1 juta pound untuk memajukan sistem pembelajaran di New Jersey.

Pemberian Winfrey ini akan digunakan dan disalurkan untuk semua biasiswa dan program bagi membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan kewangan di Newark, New Jersey.

Sebanyak 357,145 paun akan diberi dalam bentuk geran kepada sekurang-kurangnya tiga badan pelajaran dan grup komuniti.

Mayor Newark Cory Booker amat terhutang budi kepada Winfrey di atas kemurahan hatinya.

"Oprah Winfrey adalah agen yang cukup berpengaruh dalam bangsa kita dan dia adalah seorang sahabat yang fenomena di kalangan masyarakat Newark.

"Pemberian dan bantuan yang dihulurkannya akan dapat membantu ratusan keluarga Newark dan membantu kejayaan bandar kita. Kami akan selalu mengingati Oprah kerana kemurahannya dan berdoa agar hidupnya diberkati untuk menolong orang lain," jelas sumber rasmi itu.

Menurut laporan itu lagi, antara yang mendapat manafaat dari sumber yang disalurkan oleh Oprah ialah St. Benedict's Preparatory School, the North Ward Center dan the Integrity House.

Sumbangan yang besar ini juga merupakan yang terbaru derma Oprah. Kali terakhir beliau menderma dengan jumlah yang besar ialah pada dua tahun yang lepas di mana beliau menderma sebanyak 28.6 juta paun untuk membina Sekolah Elit khas untuk perempuan di Afrika Selatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain