suria

Britney sanggup batalkan konsert demi anak

Britney tetap tidak melupakan tanggungjawab sebagai ibu dan sanggup melepaskan siri konsertnya demi dua anaknya itu
Britney tetap tidak melupakan tanggungjawab sebagai ibu dan sanggup melepaskan siri konsertnya demi dua anaknya itu
Britney tetap tidak melupakan tanggungjawab sebagai ibu dan sanggup melepaskan siri konsertnya demi dua anaknya itu

PENYANYI sensasi Britney Spears dikhabarkan sanggup membatalkan siri konsertnya 'Circus', melainkan anak-anaknya dibenarkan menemaninya sepanjang berlangsungnya konsert 'road tour' tersebut.

Britney benar-benar risau tentang kebajikan dua orang anaknya itu, Sean Preston dan Jayden James jika dirinya sibuk dengan siri konsert itu kelak.

Lantaran itu, difahamkan penyanyi ini bersedia untuk menarik semula 44 siri konsertnya yang dijadualkan bermula pada 3 Mac ini di New Orleans sebelum menjelajah ke 35 destinasi lain di Amerika dan lapan lokasi di Eropah pada bulan Jun nanti.

Sebuah laman web bagaimanapun melaporkan, satu perjanjian telah dibuat di antara bekas suami Britney, Kevin Federline, bapanya Jamie dan Britney sendiri untuk memberi kebenaran kepada penyanyi tersebut membawa dua orang anaknya itu bersama.

Antara butiran perjanjian itu, mereka akan ditempatkan di tiga rumah 'sementara' iaitu di New Jersey, New Orleans dan Los Angeles yang mana Britney dan dua anaknya itu akan menginap sepanjang siri konsert di Amerika nanti.

Bagaimanapun, difahamkan peguam Federline tidak bersetuju tentang cadangan tersebut dan enggan menjelaskan sebabnya sehingga menyebabkan status siri konsert tersebut juga masih dalam 'samar-samar'.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain