suria

Urmila cintakan kedamaian di dasar laut

Urmila, yang baru membintangi filem "Karzzzz", berkata beliau selalu memikirkan untuk berada jauh di dasar laut apabila hari lahirnya tiba.
Urmila, yang baru membintangi filem
Urmila, yang baru membintangi filem "Karzzzz", berkata beliau selalu memikirkan untuk berada jauh di dasar laut apabila hari lahirnya tiba.

WALAUPUN bernaung di bawah simbol Aquarius, pelakon grade 'B' Bollywood Urmila Matondkar sebenarnya cukup takut dengan air dan tidak tahu berenang.

Namun di hari lahirnya yang ke 35 baru-baru ini, Urmila telah memberanikan diri dan 'menghadiahkan' dirinya dengan pakej holiday bawah air ke Koh Samui, Thailand.

"Ianya tidak ubah seperti berada di syurga," kata Urmila tentang percutiannya baru-baru ini.

"Sebagai seorang yang lahir di bawah bintang Aquarius, saya rasa inilah hadiah hari jadi yang paling sesuai sekali," jelas Urmila tentang percutian eksotiknya.

"Saya seperti hidup di dasar laut untuk beberapa hari. Percayalah, ianya seperti dalam syurga," kata Urmila.

"Instruktor saya juga seronok mendengar percutian saya tambahan pula dia tahu saya tidak boleh berenang. Saya pernah pergi snorkelling di Goa tapi perairan di India tidak begitu bersih.

"Sebenarnya, saya agak takut untuk berada di bawah permukaan air dan pada saya tiada masa yang lebih sesuai untuk mengatasi perasaan takut dari hari kelahiran saya?"

Bertahun-tahun lamanya Urmila pendam hasrat untuk pergi berenang.

"Saya tidak pernah tahu berenang dan saya masih tidak tahu. Tapi pada satu hari, semasa pengambaran bot yang saya naikki itu hampir karam dan saya hampir tenggelam.

"Ketika itulah saya mula belajar berenang. Walaupun saya tidak mengambil kursus berenang tapi saya nekad untuk terjun dan berenang.

"Awak tahu kan perangai saya macam mana...kalau saya mahu buat sesuatu, saya akan teruskan niat itu tanpa mempedulikan apa saja halangan. Dan kini, hanya ada satu lelaki dalam hidup saya iaitu guru scuba diving saya."

Urmila, yang baru membintangi filem "Karzzzz", berkata beliau selalu memikirkan untuk berada jauh di dasar laut apabila hari lahirnya tiba.

"Sebenarnya saya tidak begitu gemar menyambut hari lahir saya. Selalunya ayah saya yang menderma bila tiba hari jadi saya. Sungguhpun skrin pesona saya seperti seorang yang agresif tetapi saya seorang yang pemalu sebenarnya.

Saya agak susah untuk mempamerkan perasaan teruja saya," jelas aktres yang pernah membintangi "Rangeela", "Kaun", "Jungle" dan "Bhoot".

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain