suria

Rayuan Dana Atas Nama Kemanusiaan berjaya kumpul lebih RM10juta

Tan Sri Muhamed Jawhar Hassan dari NST Group menyampaikan cek bernilai RM5juta kepada Datin Seri Rosmah Mansor. Turut hadir,Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim. Foto The Star Oleh:KAMARUL ARIFFIN
Tan Sri Muhamed Jawhar Hassan dari NST Group menyampaikan cek bernilai RM5juta kepada Datin Seri Rosmah Mansor. Turut hadir,Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim. Foto The Star Oleh:KAMARUL ARIFFIN
Tan Sri Muhamed Jawhar Hassan dari NST Group menyampaikan cek bernilai RM5juta kepada Datin Seri Rosmah Mansor. Turut hadir,Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim. Foto The Star Oleh:KAMARUL ARIFFIN

[SEMASA] KUALA LUMPUR: Rayuan Dana Atas Nama Kemanusiaan yang dilancarkan sejak 15 Januari lepas berjaya mengumpul dana sebanyak RM10.7 juta.

Tabung tersebut ditubuhkan bagi membantu meringankan beban dan penderitaan rakyat Palestin di wilayah Gaza akibat serangan tentera Israel.

Antara syarikat-syarikat yang menyumbang pada tabung tersebut adalah, NST Group Sdn Bhd, Berjaya Group Sdn Bhd, SP Setia, Yayasan Cimb,Kumpulan Utusan, Nazamotor Bhd, Proton Holdings, Syabas Holdings, Maju Holding, Pelangi Group, SAJ Holding, Sapura, Sime Darby, Yayasan Al-Bukhary dan DRB Hicom.

Penaung dana itu, Datin Seri Rosmah Mansor berkata semua kutipan dan sumbangan orang ramai, golongan korporat dan dermawan itu akan disalurkan kepada Wisma Putra untuk Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin.

"Kita berharap agar hasil usaha rayuan dana ini akan dapat diagihkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan juga badanbadan sukarela yang terlibat dalam usaha membantu mangsamangsa meringankan beban akibat peperangan," katanya ketika berucap pada Majlis Malam Amal Atas Nama Kemanusiaan di Istana Budaya di sini semalam.

Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan itu turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Duta Besar Palestin ke Malaysia Abdelaziz Aboughosh.

Rosmah berkata pihaknya turut merancang untuk melaksanakan projek-projek bantuan khas yang bersesuaian di Gaza apabila tiba masanya nanti.

"Khususnya supaya kita dapat membantu membina semula hospitalhospital dan sekolah-sekolah yang telah musnah dibom semasa berlakunya peperangan.

"Kita ingin lihat anak-anak bangsa Palestin yang tidak berdosa itu terus dibela dan berpeluang untuk kembali bersekolah seperti biasa," katanya.

Beliau yang juga isteri kepada Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat negara ini tidak seharusnya hanya bersimpati terhadap penderitaan yang dialami rakyat Palestin tetapi turut berusaha untuk berbuat sesuatu bagi meringankan bebanan mereka.

Pada majlis yang sama,hadirin turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan monodrama oleh artis-artis terkenal tanah air.

Majlis yang diacarakan oleh personaliti terkenal Mahadzir Lokman ini dimulakan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza yang mempersembahkan lagu bertajuk ‘Suara Sepi’.

Memang tidak perlu dipertikaikan lagi, persembahan Datuk Siti ketika mendendangkan lagu yang dicipta khas oleh Johari Teh dan lirik yang ditulis oleh Habsah Hassan ini nyata berjaya menyentuh hati hadirin yang berada dalam dewan tersebut.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, majlis diteruskan dengan persembahan artis-artis ternama seperti, Papa Rock, Ramli Sarip, Jaclyn Victor, kumpulan nasyid Raihan, persembahan Koir Dithyrambir, Aiman, Misha Omar, Mawi dan Artistana.

Majlis yang berlangusung hampir 2 jam itu diakhiri dengan persembahan monodrama yang meruntun perasaan lakonan Umie Aida dan Sharinizam Noor.

Artikel Sebelum

Wajah 'tua' Brad Pitt menjadi!

Artikel Lain