suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Instagram 37 juta pengikut kini diuruskan pihak pengurusan, Laudya Cynthia Bella nekad tinggalkan dunia seni

Laman Instagram milik Laudya kini berubah menajdi platform mempromosikan produk keluarannya.

SETELAH sekian lama tidak munculkan diri, pelakon Laudya Cynthia Bella benar-benar nekad untuk meninggalkan dunia selebriti.

Mana tidaknya, laman Instagram peribadi milik Laudya dilaporkan sudah berubah menjadi platform promosi produk keluarannya.

Malah, pelakon itu dilihat memadam hampir kesemua foto dan video lama memaparkan dirinya di laman berkenaan.

Copy of Untitled - 2024-11-11T152438.148

Peminat rindu untuk melihat perkongsian Laudya di Instagram.

Laudy bagaimanapun masih menyimpan beberapa keping gambar yang memperlihatkan dirinya memakai pelitup muka.

Berdasarkan tinjauan mStar, Laudya memaklumkan akaun yang mempunyai lebih 37 juta pengikut itu kini dikendalikan oleh pihak pengurusannya.

"Diuruskan oleh admin," tulisnya menerusi ruangan bio.

ARTIKEL BERKAITAN: Fokus ibadah puasa, Laudya Cynthia Bella berehat guna IG... Kongsi hadis tentang Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh jadi isteri ketiga, Laudya Cynthia Bella akhirnya buka mulut jawab gosip kahwin ustaz

Sementara itu, peminat di ruangan komen meluahkan rasa rindu ingin melihat perkongsian Laudya bahkah ada juga yang memuji kesungguhannya berhijrah dan menjarakkan diri daripada dunia glamour.

"Rindu nak tengok Bella, nampak dia hijrah sesungguhnya dan tak fikir lagi urusan dunia," komen netizen.

Sebelum ini, pelakon berusia 34 tahun ini merupakan antara selebriti Indonesia yang aktif berkongsi perkembangan karier, fesyen dan kecantikan menerusi laman Instagram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain