suria

Wulan Guritno jadi sasaran lelaki miang, ruang komen di IG penuh komen nakal 

Wulan Guritno semakin berani di media sosial?

GARA-GARA sering memuat naik video dan gambar berpakaian seksi, pelakon Wulan Guritno sering menjadi perhatian golongan lelaki gatal di Instagram miliknya.

Walaupun sudah menjangkau usia 43 tahun namun Wulan tetap menjadi pujaan peminat kerana wajahnya kelihatan lebih muda selain imej seksi ditampilkan.

Maka tidak hairan setiap kali memuat naik gambar atau video, ia mengundang pelbagai komen nakal netizen malah ada pengikut lelaki menyatakan secara terbuka berahi melihat Wulan.

830 x 533 - 1

Wulan mendapat perhatian golongan lelaki gatal di Instagram.

"Makcik ini cantik betul, terserlah 'gunung' di belakangnya.

"Setiap foto yang dimuat naik perlu zoom," antara komen nakal pengikutnya.

Untuk rekod, Wulan pernah mendirikan rumah tangga dengan Attila Arius Syach pada 1998 namun perkahwinan itu hanya bertahan selama dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Wulan Guritno tarik saman bekas kekasih, akhirnya sepakat selesai luar mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Umur dah 43 tahun tapi masih anggun, netizen tegur penampilan seksi Wulan Guritno sambut ‘birthday’

Selepas sembilan tahun menjanda, Wulan bertemu jodoh dengan Adilla Dimitri pada 2009 namun perkahwinan itu juga tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 2021.

Hasil daripada kedua-dua perkahwinan tersebut, Wulan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Memulakan kerjaya sebagai pelakon sinetron dan pengacara program sukan, Wulan juga pernah membabitkan diri dalam arena politik pada 2009.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain