suria

Tersebar berita dicekup polis sebab dadah, Dewi Perssik cari pengguna TikTok fitnahnya

Dewi akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemfitnah.

PENYANYI Dewi Perssik bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna TikTok berhubung tuduhan dia ditahan polis kerana kes dadah.

Dewi Perssik atau lebih mesra disapa Depe, 39, berkata, dia sudah cuba menghubungi pemilik akaun TikTok yang berkongsi fitnah itu dan akan mengambil tindakan tegas jika kandungan itu tidak dipadamkan segera.

Dewi menegaskan bahawa dia tidak pernah terlibat dengan dadah dan tidak pernah merokok serta mengambil minuman keras sepanjang terbabit dalam dunia hiburan.

Untitled design (1)

Dewi memaklumkan dia tidak mendekati barangan terlarang.

Selain itu, Depe turut mengakui bahawa dia tidak pernah ke kelab malam kecuali atas urusan kerja.

"Saya tidak terbiasa dengan kehidupan malam, saya akan terus pulang ke rumah jika saya menyanyi di kelab hiburan.

"Adakah saya pernah mengadakan sebarang parti liar sepanjang kerjaya saya selama 23 tahun? Tidak kan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik tunjuk bukti masih subur, balas tuduhan mandul

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada anak daripada 3 perkahwinan, Dewi Perssik jalani proses bekukan telur

Sementara itu, Dewi meluahkan rasa kesal melihat komen dikeluarkan netizen sehingga ada mempercayai berita palsu tersebut.

"Ramai orang komen, 'Kalau banyak duit, mesti bagi duit dekat polis,' memang menyedihkan walaupun saya tidak pernah sentuh benda-benda merosakkan ini" ujarnya.

Untuk rekod, Depe pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun belum dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain