NEKAD meninggalkan dunia seni, pelakon Amanda Seyfried memulakan kehidupan baharu di sebuah ladang ternakan miliknya yang terletak di Upstate New York. Menurut Amanda, keputusan membawa keluarganya berpindah dari Los Angelas ke New York dirasakan tepat memandangkan dia dapat menikmati kehidupan lebih tenang. "Saya berpindah ke sini sebelum ada anak-anak lagi. Berpindah adalah keputusan terbaik kerana privasi terjaga, tenang dan dekat dengan alam. Amanda seronok mengusahakan ladang teranakan miliknya. "Ia berikan saya kehidupan seimbang berbanding hidup di bandar besar," katanya. Bercerita mengenai kehidupannya, bintang filem The Mean Girls itu memberitahu dia kini sedang mengusahakan ladang ternakan dengan bantuan anak-anaknya. ARTIKEL BERKAITAN: Jari Lindsay Lohan Hampir Putus Akibat Baiki Bot ARTIKEL BERKAITAN: Lindsay Lohan bertunang dengan pegawai bank Meskipun masih kecil, dia percaya kehidupan baharu tersebut dapat mendidik anak-anaknya menajadi insanlebih baik. "Saya nampak anak-anak saya belajar tentang tanggungjawab dan sifat penyang kepada semua haiwan. "Saya yakin kehidupan di ladang akan buatkan mereka lebih menghargai kehidupan," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!