SELEPAS setahun berjuang, penyanyi rap Machine Gun Kelly mendedahkan dia bebas daripada masalah ketagihan alkohol sejak Ogos tahun lalu. Kata Kelly, 34, dia mula terdetik untuk meniggalkan tabiat buruk itu selepas menjayakan konsert jelajahnya. Sepanjang proses pemulihaan, Kelly memilih untuk merahsiakan perkara itu dari peminat melainkan kenalan yang rapat dengannya. Kelly mngakui perjalanan melawan ketagihan tidak mudah. "Saya sepenuhnya bebas dari ketagihan alkohol. Saya berhenti minum sebarang minuman keras sejak Ogos tahun lalu. "Saya mula menjalani pemulihan selepas selesai konsert jelajah saya tahun lalu. Saya tak beritahu sesiapa kecuali orang terdekat dengan saya," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Sia Rai Tahun Keenam Pulih Daripada Ketagihan Alkohol ARTIKEL BERKAITAN: Sam Worthington ketagih alkohol, anxiety peminat ajak bergambar... Pernah jual semua harta dan tinggal dalam kereta Dalam pada itu, Kelly memberitahu pertarungan melawan ketagihannya telah menjejaskan kesihatan mentalnya sehingga dia terpaksa mendapatkan sokongan pakar. "Sepanjang bertarung melawan ketagihan saya, dia menganggu mental saya menyebabkan saya terpaksa bertemu pakar psikiatri. "Kali pertama saya pergi pemulihan, mereka ajar saya macam-macam termasuk cara mengawal kemarahan dan ketagihan," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!