suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sia Rai Tahun Keenam Pulih Daripada Ketagihan Alkohol

Sia meraikan kegembiraan kerana berjaya meninggalkan ketagihan alkohol selama enam tahun dengan peminat di Twitter.

PENYANYI Sia meraikan tahun keenam dia bebas daripada ketagihan alkohol yang dialaminya sebelum ini dengan peminatnya di Twitter.

Sia, 40, dalam statusnya memberitahu dia gembira dapat menjalani kehidupan yang sihat dan berjaya meninggalkan tabiat buruk itu.

"Hari ini genap enam tahun saya 'bersih' daripada mengambil sebarang alkohol atau pun dadah.

"Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan peminat yang sentiasa menyokong dan memberi semangat," katanya.

Baru-baru ini, penyanyi lagu Cheap Thrills itu ketika muncul dalam program The Late Late Show With James Corden mendedahkan ketagihan tersebut hampir memusnahkan kehidupan dan kariernya.

Bagaimanapun kata Sia, populariti yang diterima sejak muncul dengan lagu Chandelier membuatkan dia tersedar tentang masalah dihadapinya.

Sia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain