suria

Kena raba ketika sertai acara larian, netizen salahkan pakaian seksi Fuji

Fuji bengang apabila dia pula dipersalahkan.

PERSONALITI media sosial Fuji berdepan pengalaman kurang menyenangkan apabila ada individu meraba buah dadanya ketika menyertai sebuah acara larian.

Menerusi video yang tular di media sosial, adik ipar kepada Allahyarham Vanessa Angel itu dilihat terkejut dengan tindakan tersebut namun tetap tenang meneruskan lariannya.

Bagaimanapun, netizen menunding jari dan menyalahkan Fuji kerana dia sendiri membuka ruang kepada orang lain merabanya disebabkan pakaiannya yang menjolok mata.

Copy of Untitled (43)

Reaksi Fuji selepas diraba oleh seorang peminat.

Bengang dia pula dipersalahkan, Fuji memberi amaran kepada netizen untuk berhenti memutar belit fakta.

"Pelik betul, padahal saya yang jadi mangsa diraba tapi kenapa saya yang disalahkan?

"Peringatan kepada semua, berhenti memutar-belitkan fakta. Dari pakaian sampai kawalan pengurusan saya, semua benda nak dikaitkan!" katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik ipar Vanessa Angel tertekan kerana popular, dapatkan rawatan psikologi

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan Youtuber Thariq Halilintar dan Fuji putus lagi, janji kekal bersahabat baik

Dalam pada itu, Fuji tidak menyalahkan mana-mana pihak namun berharap peminat yang lain turut mengambil iktibar atas kejadian menimpanya.

Fuji turut meminta agar peminat tidak sesuka hati menyentuh mana-mana selebriti apatah lagi melakukan gangguan seksual.

"Saya tak salahkan sesiapa memandangkan tempat itu pun ramai orang. Cumanya saya berharap selepas ini peminat tak akan sesuka menyentuh selebriti," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain