suria

Dua lelaki ditahan rancang serangan, konsert 3 malam Taylor Swift di Austria dibatalkan

Taylor terpaksa batalkan konsert di Vienna kerana ancaman keganasan.

PENYANYI Taylor Swift terpaksa membatalkan konsert jelajah The Eras Tour di Vienna, Austria selepas didakwa menjadi sasaran ancaman pengganas.

Pihak penganjur mengumumkan pembatalan persembahan yang dijadualkan berlangsung selama tiga malam selepas mendapat pengesahan dari pihak berkuasa Austria.

Keputusan tersebut dibuat selepas berita penangkapan dua individu yang disyaki merancang serangan di acara besar-besaran termasuk konsert Taylor.

Copy of Untitled (50)

Impian peminat untuk menyaksikan persembahan Taylor tidak kesampaian.

"Selepas mendapat pengesahan dari pihak berkuasa mengenai rancangan serangan pengganas di Stadium Ernst Happel kami tiada pilihan selain membatalkan ketiga-tiga persembahan.

"Pembatalan itu dibuat demi menjaga keselamatan semua penonton yang hadir," katanya.

Pihak penganjur membuat pengumuman itu menerusi hantaran di Instagram Barracuda Music pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: 50,000 peminat sanggup berpanas, panjat bukit demi tonton konsert Taylor Swift percuma

ARTIKEL BERKAITAN: 73,000 penonton menari sakan di konsert Taylor Swift cetuskan ‘gempa bumi kecil’, alat pengesan rekod gegaran

Sementara itu, pihak berkuasa menahan suspek berusia 19 tahun di Ternitz dan merampas bahan kimia disyaki bahan letupan pada Rabu.

Manakalah seorang lagi susupek pula dicekup di Vienna pada hari yang sama.

Konsert Taylor dijadualkan berlangsung pada minggu ini dijangka menarik lebih 65,000 peminat hadir ke stadium Ernst Happel.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain