suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bercinta dengan model berdarah Malaysia 20 tahun, Tobey Maguire digelar ‘orang tua gatal’

Tobey didakwa menjalinkan hubungan dengan wanita berusia 20 tahun.

PELAKON Tobey Maguire didakwa sedang menjalinkan hubungan dengan model berdarah Malaysia dikenali sebagai Lily Chee.

Tobey, 49, dan Lily yang baru berusia 20 tahun dilihat hadir ke sebuah acara yang dianjurkan jutawan Michael Rubin minggu lalu.

Bagaimanapun, peminat terkejut dengan jurang usia mereka iaitu 29 tahun malah membandingkan dengan anak perempuan aktor filem Spider-Man itu yang hanya tiga tahun lebih muda daripada Lily.

wajah Tobey ketika sudah berusia.

Tobey dipanggil lelaki tua gatal gara-gara bercinta dengan wanita jauh lebih muda.

Menerusi foto tular di media sosial, Tobey meletakkan tangan di bahagian punggung model berkenaan dan sekali gus menerima kecaman negatif netizen yang menyifatan aktor itu sebagai 'orang tua gatal'.

Seorang pengguna aplikasi X meluahkan rasa kesal selepas melihat gosip itu tersebar dan menyatakan bahawa Lily tidak dilahirkan lagi sewaktu filem Spider-Man pertama lakonan Tobey ditayangkan.

Malah ada yang menyamakan Tobey dengan pelakon Leonardo Dicaprio yang terkenal dengan sikap gemar berpacaran dengan wanita lebih muda.

"Dia (Lily) tidak dilahirkan ketika filem Spider-Man pertama dilancarkan," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tobey Maguire Beli Rumah Baharu RM57 Juta

ARTIKEL BERKAITAN: Spider-Man' Berpisah Selepas Sembilan Tahun Berkahwin

Pun begitu, bekas isteri Tobey iaitu Jennifer Meyer menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu bahawa gambar tular itu tidak seperti apa disangka sesetengah pihak.

Untuk rekod, Tobey berkahwin dengan Jennifer pada 2007 sebelum berpisah pada 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ruby Sweetheart Maguire, 17, dan Otis Tobias, 15 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain