suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon Perfect Marriage Revenge bakal berkahwin Ogos, Jung Yoo Min pilih rahsia identiti bakal suami

Jung Yoo Min bakal berkahwin Ogos ini.

PELAKON Korea Selatan Jung Yoo Min mengejutkan peminat apabila dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada Ogos ini.

Yoo Min, 33, bagaimanapun lebih selesa untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya dan hanya memaklumkan calon suaminya itu bukan dalam kalangan selebriti.

Pelakon yang popular menerusi drama Perfect Marriage Revenge itu mengambil keputusan berkahwin selepas dua tahun menyulam cinta dengan lelaki berkenaan.

Untitled design (12)

Jung Yoo Min enggan dedah identiti pasangannya.

Syarikat pengurusan Yoo Min iaitu Big Feature E&T pula dalam satu kenyataan meminta peminat mendoakan urusan dan perancangan aktres berkenaan berkahwin berjalan lancar.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dan gembira atas berita perkahwinan Jung Yoo Min.

ARTIKEL BERKAITAN : Selepas enam bulan bercinta, Hyuna dan Yong Jun Hyun kahwin Oktober depan

ARTIKEL BERKAITAN: Song Joong Ki dan isteri hitung hari timang anak kedua

"Diharap anda semua dapat mendoakan kebahagiaan Yoo Min dan pasangan untuk memulakan kehidupan sebagai suami isteri," kata wakil syarikat berkenaan.

Difahamkan, majlis perkahwinan pasangan itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan terdekat pasangan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain