suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nicki Minaj sidai penonton 2 jam, peminat bengang konsert hanya berlangsung kurang sejam

Peminat kecewa Nicki pulang awal.

PEMINAT bengang apabila penyanyi rap Nicki Minaj hanya muncul kurang daripada sejam ketika mengadakan persembahan di Dublin pada Sabtu lalu.

Mirror melaporkan peminat meluahkan rasa tidak puas hati dengan persembahan acuh tak acuh Nicki walaupun memandangkan membayar tiket berharga RM400 untuk menonton konsert berkenaan.

Difahamkan, kali terakhir Nicki membuat persembahan di Dublin adalah pada 2015.

nicki - 1

Persembahan pentas Nicki di Istana Malahide, Dublin.

Lebih membuatkan mereka panas hati, penyanyi lagu Super Bass itu mempamerkan sikap biadab selain muncul dua jam lewat pada set persembahannya.

Nicki sepatutnya muncul di atas pentas pada pukul 8 malam namun hanya muncul pada pukul 10 malam.

Apatah lagi, 20,000 peminat teruja menanti kemunculannya yang kali terakhir datang ke Dublin pada 2015.

Tidak hanya itu, peminat terpaksa menunggunya dalam keadaan hujan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nicki Minaj dituduh miliki barang terlarang, sempat buat 'live' ketika ditahan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Nicki Minaj tak sedar baju terlucut sewaktu sedang menyanyi, baru tahu selepas video tular

"Persembahan yang sangat memalukan. Terlewat dua jam dan persembahan pula hanya selama 50 minit.

"Saya sudah hilang rasa hormat terhadap Nicki selepas apa yang berlaku pada malam itu," tulis netizen.

Setakat ini masih belum ada penjelasan daripada pihak penganjur tentang punca persembahan konsert itu dipendekkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain