suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon ‘How I Met Your Mother’ tikam bekas kekasih 20 kali, ditahan ketika cuba lari ke Mexico

Nick bakal berdepan hukuman berat jika sabit kesalahan.

PELAKON sitkom popular How I Met Your Mother iaitu Nick Pasqual bertindak menikam bekas teman wanitanya sebanyak 20 kali dalam kejadian pada 23 Mei lalu.

Susulan itu, Nick, 34, cuba melarikan diri ke Mexico namun tindakan pantas polis berjaya menahan aktor tersebut di Texas.

Nick dilaporkan menceroboh masuk ke dalam rumah bekas kekasihnya iaitu Allie Shehorn sebelum menikamnya dipercayai akibat cemburu.

nick 2

Allie (kanan) mengalami kecederaan teruk akibat perbuatan ganas Nick.

Walaupun ditikam sebanyak 20 kali namun Allie terselamat namun mengalami kecederaan parah dan masih dirawat di hospital.

Wanita itu dikejarkan ke hospital selepas ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh ibu angkatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna bagi ‘hint’ nak bersara, peminat perasan sengaja tutup baby bump

ARTIKEL BERKAITAN: Ungkit kes curang, peminat tak puas hati Adam Levine kembali sebagai juri The Voice

Sementara itu, Nick ketika ini masih berada dalam tahanan polis di Texas sebelum dibawa pulang ke California dan didakwa di mahkamah.

Aktor berkenaan akan dituduh atas beberapa kesalahan termasuk cubaan membunuh, pecah masuk dan mencederakan orang lain.

Jika disabitkan kesalahan, Nick boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain