suria

10 peminat diusir keluar, lempar barang ke arah Bebe Rexha ketika sedang menyanyi 

Bebe pernah diserang penonton sebelum ini.

SERAMAI 10 orang penonton diusir keluar daripada menonton konsert penyanyi Bebe Rexha di Festival Titletown Summer Fun Days.

Tindakan itu dibuat pihak berkuasa selepas mereka cuba mencederakan Bebe dengan melemparkan barang ke arah penyanyi itu ketika sedang asyik menghiburkan penonton.

Copy of Untitled (84)

Bebe tidak berkompromi dengan tindakan kasar penonton.

Sepanjang tempoh itu, Bebe terpaksa menghentikan persembahannya sebanyak dua kali apabila ada penonton bertindak membaling objek keras ke arahnya.

"Kalau awak nak lempar, lemparlah! Boleh saya saman seorang lagi. Saya yang jadi lebih kaya!," katanya.

Ini bukan kali pertama Bebe berdepan situasi sama selepas peminat membaling telefon ke arahnya ketika mengadakan konsert di New York pada 18 Jun tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pereka fesyen enggan buat baju Bebe Rexha untuk Anugerah Grammy

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift takut tengok penonton baling barang atas pentas, minta jaga kelakuan

Lebih parah, individu yang dikenali sebagai Nicolas Malvagna turut memukul dahi penyanyi itu sehingga menyebabkan kecederaan teruk pada kening.

Bagaimanapun, Nicholas berjaya ditangkap dan didakwa atas tiga pertuduhan termasuk serangan tahap tiga dan gangguan tahap dua.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Albertine hilang ditemukan selamat