suria

Taylor Swift takut tengok penonton baling barang atas pentas, minta jaga kelakuan

Taylor larang peminat lempar barang.

BAGI tujuan keselamatan, penyanyi Taylor Swift tampil memberikan peringatan kepada peminatnya supaya tidak melontar sebarang objek termasuklah hadiah ketika dia sedang beraksi di atas pentas.

Taylor atau Taylor Alison Swift, 33, memberitahu perkara itu sewaktu membuat persembahan konsert jelajahnya di Estadio River Plate di Buenos Aires, Argentina pada Ahad lalu.

Menurut pelatun lagu Blank Space ini tindakan itu bukan hanya akan mendatangkan risiko keselamatan kepada dirinya, malah individu lain.

ts

Taylor Swift takut dibaling objek keras oleh peminat ketika buat persembahan.

"Jangan baling barang tu boleh mendatangkan bahaya kepada penari sekiranya mereka memijaknya.

"Saya sayangkan anda yang membawa hadiah, tapi tolong jangan baling ke atas pentas, saya sayangkan anda," tulisnya.

Tambah Taylor lagi, tindakan melempar barang itu membuatkannya takut kerana khuatir terkena pada dirinya sewaktu di pentas.

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift dah jumpa cinta baharu, ‘dating’ senyap-senyap dengan pemain bola sepak Travis Kelce

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift dan Travis Kelce sedang ‘mabuk cinta’, rancang ada anak tahun depan

"Tindakan kamu membaling objek ke arah pentas benar-benar menakutkan saya," ujarnya.

Difahamkan, selain Taylor terdapat beberapa rakan artis yang turut kurang senang perkara ini dan menyuarakan larangan itu antaranya Bebe Rexha dan Hary Styles.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain