suria

Taylor Swift dah jumpa cinta baharu, ‘dating’ senyap-senyap dengan pemain bola sepak Travis Kelce

Taylor dan Travis dilaporkan bercinta.

PENYANYI Taylor Swift dilaporkan sedang menjalinkan hubungan bersama pemain bola sepak Amerika, Travis Kelce sejak beberapa minggu yang lalu.

Menurut laporan PageSix, sumber melaporkan bahawa mereka telah berjumpa secara senyap-senyap.

"Mereka secara rahsia berjumpa secara senyap-senyap. Dia bertemu ketika Travis berada di Bandar New York (NYC) beberapa minggu yang lalu," kata sumber.

Apabila dihubungi untuk mengesahkan hubungan tersebut, wakil Taylor dan Travis yang berumur 33 tahun itu enggan memberikan sebarang respon.

Taylor

Mereka berjumpa di Bandar New York beberapa minggu lalu.

Walaupun kedua-duanya masih belum mengulas secara rasmi atau umum mengenai khabar angin percintaan itu, Travis bagaimanapun mengesahkan bahawa dia baru-baru ini telah berada di New York pada 31 Ogos yang lalu untuk sesi podcast miliknya.

Apabila abangnya, Jason Kelce bertanyakan aktiviti sepanjang dia berada di sana, Travis hanya berpura-pura tidak mengingatinya.

"Apakah yang saya lakukan? Saya tidak ingat. Saya rasa saya tidak banyak melakukan aktiviti," ujarnya.

Dalam sesi podcast yang lain, Jason turut bertanya kepada Travis berkenaan pendapat Taylor berhubung penampilan baharu Travis.

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift beri bonus kepada 50 pemandu trak RM400,000... Konsert Eras Tour paling untung dalam sejarah

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift peluk pelakon Twilight selepas 15 tahun berpisah, rakam semula lagu kisah cinta mereka

"Kami tidak akan membangkitkan Taylor Swift dalam episod ini. Tetapi ada yang memberitahu bahawa dia (Taylor) menyukainya," jawab Travis sambil ketawa.

Untuk rekod, sebelum menjalinkan percintaan yang dikhabarkan dengan bintang NFL itu, Taylor telah dikaitkan dengan Matty Healy selepas perpisahannya dengan teman lelaki lama Joe Alwyn.

Dia dan pelakon "Harriet" bersama selama enam tahun sebelum memutuskan untuk berhenti pada awal 2023.

Sementara itu, Travis juga baru putus cinta setelah menjalinkan hubungan selama lima tahun bersama model Kayla Nicole.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain