suria

Ini rahsia Agnez Mo bertahan lama, ada prinsip tolak undangan nyanyian di kelab tarian bogel

Agnez ada prinsip sendiri dalam menerima udangan.

PENYANYI asal Indonesia iaitu Agnez Mo mengakui banyak menerima tawaran mempromosikan lagu di kelab malam semasa memulakan kerjaya di Amerika Syarikat.

Menurut Agnez, 37, ada juga penganjur acara yang turut menjemput dia membuat persembahan di kelab tarian bogel dengan bayaran lumayan sehingga lebih daripada RM100,000 hanya untuk 30 minit.

Bagaimanapun dia memilih untuk tidak melakukan promosi di tempat demikian kerana budaya tersebut tidak sama seperti yang diamalkan di Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani tarik rambut rakan sekolah, cemburu diusik bercinta dengan lelaki lain

"Budaya di AS berbeza dan kita tidak boleh samakan seperti di sini (Indonesia). Di sana mereka boleh mempromosikan lagu di kelab malam atau strip club.

"Saya pernah dijemput untuk datang hanya selama 30 minit dan menerima bayaran lumayan. Tetapi kenapa saya perlu lakukan semua itu?" katanya dalam satu temu bual.

Tambah penyanyi ini dia cukup teguh berpegang kepada prinsip bagi mengelakkan nama baiknya tercemar gara-gara membuat persembahan di kelab malam.

agnez mo 2

Agnez tolak tawaran menyanyi di kelab malam.

Malah Angez juga percaya itu adalah cara untuk dia terus bertahan sebagai seorang penyanyi.

"Kenapa saya perlu rosakkan nama yang telah dibina bertahun-tahun. Saya tidak kisah orang lain nak buat begitu tetapi tidak bagi saya kerana bertentangan dengan prinsip.

"Itu sebab saya boleh bertahan lama. Banyak perkara yang saya tolak meskipun tawaran lumayan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain