suria

Lisa Blackpink naik bot dengan bos Tag Heuer, makan angin sekitar Bangkok ditemani ibu bapa

Lisa didakwa menghabiskan masa bersama Frederic di Thailand.

PENYANYI Lisa Blackpink didakwa ditemani 'kekasihnya' iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Tag Heuer, Frederic Arnault ketika pulang ke kampung halamannya di Thailand baru-baru ini.

Memetik laporan Allkpop, media Thailand melaporkan seorang YouTuber mendedahkan penyanyi berkenaan menghabiskan masa di Thailand sejak 10 September lalu.

Malah, khabarnya pasangan itu turut dilihat menaiki bot di Sungai Chao Phraya, Bangkok sambil ditemani kedua-dua orang tua Lisa.

lisaa - 1

Hubungan cinta Lisa masih menjadi tanda tanya peminat.

Menurut sumber itu lagi, Frederic berada di Thailand bagi menghadiri majlis perasmian butik Tag Heuer yang dibuka di Siam Paragon.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat seakan-akan memberi restu sekiranya penyanyi berkenaan menjalinkan hubungan cinta dengan ahli perniagaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya gambar IG, peminat jumpa petunjuk hubungan Lisa dan bos Tag Heuer

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Lisa Blackpink berlari dalam mall di Thailand, rupanya ini punca tiba-tiba panik!

"Jika memang Lisa sedang bercinta dengannya, saya rasa Lisa telah buat pilihan yang tepat... bukan bercinta dengan penyanyi muda yang penuh dengan drama.

"Kena ingat, Lisa sudah pun menjadi billionaire. Kalau cerita ini benar, mesti ada sesuatu yang dimiliki lelaki tersebut... bukan hanya kerana wang," tulis netizen.

Sebelum ini, timbul dakwaan Lisa sedang menjalin hubungan cinta dengan Frederic kerana mereka berkawan rapat sejak tahun lalu lagi.

Frederic pernah dilihat menghadiri konsert Blackpink yang diadakan di Paris sehingga menimbulkan lebih banyak spekulasi.

Malah syarikat pengurusan Lisa iaitu YG Entertainment juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain