suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rihanna bagi ‘hint’ nak bersara, peminat perasan sengaja tutup baby bump

Rihanna tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kemunculan baru.

SELEPAS menerbitkan album kelapan berjudul Anti pada tahun 2016, penyanyi Rihanna dilihat tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bakal tampil dengan buah tangan terbaharu.

Menguatkan lagi dakwaan itu apabila penyanyi itu turut memberikan bayangan bakal bersara apabila memakai baju yang tertera tulisan saya sedang bersara sewaktu bersiar di New York City, Amerika Syarikat.

Selain ayat pada bajunya itu, Rihanna juga dilihat sengaja menutup bahagian perutnya seolah-olah memberi gambaran dia sedang hamil.

WhatsApp Image 2024-06-07 at 14.13.53

Rihanna dan A$ap Rocky sudah mempunyai dua cahaya mata.

Gara-gara itu, ramai mula membuat spekulasi penyanyi ini sedang hamil anak kedua dan bakal bersara daripada industri nyanyian tidak lama lagi.

Gosip mengenai Rihanna ini menjadi bualan peminat dan menarik perhatian seorang pakar psikik iaitu Inbaal Honigman yang turut membaca ramalan mengenai Rihanna dan A$ap Rocky.

Katanya, sudah tiba masa Rihanna menimang seorang lagi cahaya mama pada bulan September.

Untuk rekod, Rihanna dan A$ap Rocky sudah menjalinkan hubungan sejak 2019 dan mempunyai dua cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain