suria

Selepas 18 tahun kahwin, Yoon Min Soo dan Kim Min Ji akhirnya bercerai

18 tahun bergelar suami isteri, Yoon Min Soo dan isteri pilih untuk berpisah.

PENYANYI Yoon Min Soo dan isteri iaitu Kim Min Ji memilih untuk membawa haluan masing-masing setelah hampir 18 tahun menjalinkan hubungan sebagai suami isteri.

Menerusi perkongsian di Instagram, Min Ji memberitahu dia dan Min Soo sudah cuba sehabis baik demi mempertahankan hubungan mereka namun gagal.

WhatsApp Image 2024-05-21 at 17.44.57 (1)

Isterinya memberitahu mereka masih akan memberi tumpuan kepada anaknya walaupun selepas berpisah.

Justeru itu mereka sepakat bersetuju untuk menamatkan perkahwinan.

Sebelum ini mereka pernah muncul dalam sebuah program realiti Korea iaitu Dad! Where Are We Going? dari tahun 2013 hingga 2015.

Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, namun mereka akan berusaha memberikan yang terbaik untuk anak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain