suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah bincang secara baik, Virgoun dan Inara akhirnya berdamai... Sepakat tarik laporan masing-masing

Inara (kiri sekali) dan Virgoun memilih untuk berdamai demi kebaikan anak-anak.

PENYANYI Virgoun dan bekas isterinya iaitu Inara Rusli akhirnya memilih jalan damai dengan menyelesaikan perselisihan faham antara mereka di luar mahkamah.

Kedua-duanya memilih berbincang mengenai isu ini secara matang tanpa melibatkan peguam.

Kesepakatan yang terjalin itu turut mendorong mereka menarik semula laporan polis yang telah dibuat.

"Mereka sepakat menarik semula laporan polis dan akan menyatakan dokumen rasmi bahawa kini sudah berdamai," jelas wakil peguam.

inara 2

Virgoun dan Inara mengadakan perbincangan sepakat untuk berdamai demi anak.

Sementara itu, Inara memberitahu mereka kini mahu memberikan fokus untuk kehidupan masing-masing dan menyelesaikan konflik secara baik.

Malah mereka juga berjanji akan menjaga hubungan baik itu meskipun sudah berpisah.

ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun, Inara sah cerai... Bekas isteri sujud syukur tuntutan diterima mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Inara menangis kena siasat polis, Virgoun enggan tarik kes bekas isteri buka telefon tanpa izin

"Kami sama-sama mahu move on. Kami mahu selesaikan semua masalah dengan cepat dan fokus urusan masing-masing. Demi anak dan kelangsungan hidup, kami tidak mahu bermusuhan," jelasnya.

Inara sebelum ini memfailkan saman terhadap Virgoun atas dakwaan berzina ketika mereka masih bergelar suami isteri.

inara 3

Inara mahu terus bersahabat baik dengan bekas suami.

Sementara itu Virgoun pula membuat laporan bahawa Inara menceroboh hak privasinya termasuk simpanan lagu-lagu yang pernah dihasilkan.

Untuk rekod, Virgoun dan Inara sah bercerai pada 10 November tahun lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain