suria

Dituduh bernafsu songsang gara-gara tubuh berotot, Ruri Repvblik tenang respons soalan pengikut

Ruri menjadi perhatian ramai kerana dakwaan yang dibuat seorang pengguna X.

NAMA vokalis kumpulan Repvblik iaitu Ruri menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa berlaku curang dan menjalinkan hubungan sejenis.

Gosip itu timbul selepas Ruri atau Ruri Herdian Wantogia, 43, memuat naik gambar mempamerkan badan berotot bersama kapsyen mencurigakan.

"R**** VS R***," tulisnya seolah-olah memberi bayangan nama seseorang.

Copy of Untitled - 2024-05-21T121414.337

Ruri tampil menjelaskan perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Penyanyi itu menjelaskan walaupun namanya bermula dengan huruf R tetapi hanya memiliki empat huruf sahaja, sedangkan nama individu yang heboh diperkatakan tersebut mempunyai lima huruf.

Dalam pada itu, Ruri turut memberi respon terhadap komen seorang pengguna di aplikasi TikTok yang menuduh lelaki berotot sepertinya menyukai kaum sejenis.

"Habis itu nak suka siapa ya?" sindir Ruri.

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka jual buah duku tepi jalan, rupanya Ruri Repvblik tolong promosi bisnes kawan

ARTIKEL BERKAITAN: Vokalis Repvblik Kongsi Putus Cinta Dalam Lagu

Sebelum ini tular di aplikasi X, seorang pengguna @browndonggg mendakwa selebriti bernama 'R' mengajak dirinya melakukan hubungan sejenis.

Lebih parah, individu teserbut mendedahkan selebriti berkenaan mula melakukan perbuatan tersebut selepas seminggu berkahwin.

Untuk rekod, Ruri sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita dikenali sebagai Chisa sejak 10 tahun lalu namun merahsiakan pernikahannya demi kerjaya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain