suria

Selena Gomez dijangkiti kutu daripada teman lelaki, anggap perkara romantik 

Kemesraan Selena bersama teman lelaki buat netizen kurang senang.

HUBUNGAN cinta penyanyi Selena Gomez dan penerbit Benny Blanco kerap mengundang rasa benci dalam kalangan peminat.

Mana tidaknya ramai merasakan Selena berhak mendapat lelaki lebih baik dan kacak daripada Benny yang disifatkan sebagai hodoh dan pengotor.

Peminat bertambah geram apabila Benny didakwa menyebarkan kutu kepada Selena kerana sikapnya yang tidak menjaga kebersihan.

selena

Kecoh berita palsu mengenai Selena dan teman lelakinya.

Bagaimanapun Selena menganggap dijangkiti kutu daripada teman lelakinya sesuatu yang romantik.

"Selena dan Benny dijangkiti kutu pada waktu yang sama.

"Jika orang lain anggap ia sebagai jijik tetapi Selena merasakan ia sesuatu yang romantik," beritahu sumber terdekat pasangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez tak pernah lupa jasa rakan baik derma buah pinggang

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan model...” - Ramai tegur Selena Gomez naik berat badan, rupanya ada penyakit lupus

Susulan itu peminat berharap Selena berfikir kembali tentang hubungannya dengan Benny kerana merasakan lelaki itu memberi kesan buruk kepadanya.

"Itu namanya pengotor bukan romantik! Dia bercinta dengan pengemis, tak terkejut kalau memang ada kutu," komen netizen.

Bagaimanapun, ada peminat memberitahu khabar angin itu palsu dan sengaja diada-adakan bagi menjatuhkan imej pasangan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain